Rakyat Palestin Bertembung dengan Tentera Israel di Hebron, Kes-kes Kesesakan Nafas Dilaporkan

Rusydan Yusup | 14 September 2021, 9.40 PM

HEBRON  - Puluhan warga Palestin, terutama pelajar sekolah, hari ini mengalami sesak nafas semasa berlakunya pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera  Israel berhampiran Masjid Ibrahimi di kota Hebron, Tebing Barat 14 September lalu.

 

Beliau mengatakan bahawa pertempuran tersebut terjadi di pusat pemeriksaan yang dikendalikan oleh tentera Israel di kawasan selatan bandar lama Hebron, sebelah barat Masjid Ibrahimi, di mana para tentera melepaskan gas pemedih mata dan bom-bunyi ke arah rakyat Palestin yang menyebabkan berlaku puluhan kes kesesakan nafas.

 

Bandar lama Hebron yang berada di bawah kawalan tentera Israel dan pendatang haram Yahudi, dikelilingi pusat pemeriksaan yang melarang mana-mana penduduk Palestin yang tidak bermastautin di situ daripada memasukinya. Penduduk Palestin mengalami gangguan setiap hari dari para pendatang haram Yahudi, yang disokong oleh tentera.

 

Sementara itu, di kawasan Tebing Barat utara Tubas, tentera Israel  melepaskan gas pemedih mata ke arah para pelajar dari perkampungan Tayaseer, utara kota Tubas, menyebabkan berlakunya banyak kes kesesakan nafas.

 

Para petugas Bulan Sabit Merah Palestin melakukan rawatan kepada lebih 30 mangsa  sesaak naafas di klinik kampung.

 

Sumber tempatan mengatakan bahawa tentera Israel menyerbu kampung itu pada pagi hari dan menghujani sekolah mereka dengan gas pemedih mata yang menyebabkan berlakunya sebilangan besar kes kesesakan nafas. - WAFA News Agency

 

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin