Remaja Palestin Ditembak Mati

Mohd Qutaibah Bin Ismail | 9 Mei 2022, 02.40 PM

BETHLEHEM - Tentera rejim Israel menembak mati seorang pemuda Palestin, di tenggara Tebing Barat, malam tadi. Kejadian itu dilaporkan Kementerian Kesihatan Palestin.

Dalam satu kenyataan kementerian itu berkata, Mutasem Mohammad Atallah, seorang remaja Palestin berusia 17 tahun dari kampung Harmala di daerah Bethlehem, Tebing Barat, ditembak mati oleh tentera  rejim Israel di kawasan penempatan haram Yahudi di Tekoa. - WAFA

© Hakcipta Terpelihara 2022, Aman Palestin