“Saya Tak Menyesal Bunuh Rakyat Palestin” - Bekas PM Israel

Faris Zailani | 20 Februari 2022, 4.13 PM

TEL AVIV - Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak berkata bahawa dia tidak pernah menyesal membunuh rakyat Palestin pada permulaan siri Intifada Kedua tahun 2000 lalu. 

Ketika ditemubual beliau bersama agensi media Israel, Yedioth Ahronoth Jumaat lalu, Barak berkata bahawa situasi pada tahun 2000 menyerupai seperti “zoo’ yang mana “rusuhan berlaku di seluruh tempat Judea dan Samaria,” sambil beliau memetik nama tempat yang digelar oleh pendatang haram Yahudi di kawasan Tebing Barat. 

“Setakat warga Arab yang terbunuh, saya tidak rasa bersalah,” tambahnya.

Barak merupakan Perdana Menteri Israel pada tahun 1999 dan 2001. Barak juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan di bawah pemerintahan rejim Benjamin Netanyahu pada tahun 2007 hingga 2013. Sebelum ini dia pernah meminta maaf pada tahun 2019 atas pembunuhan rakyat Palestin pada tahun 2000.

Intifada Kedua atau dikenali sebagai Intifada Al-Aqsa oleh rakyat Palestin meletus pada bulan September tahun 2000, apabila ketua pembangkang Israel yang dipimpin oleh Ariel Sharon menyerbu Masjid Al-Aqsa  dengan tentera rejim. Konflik tersebut berakhir pada tahun 2005 dan mengorbankan seramai 3000 orang rakyat Palestin. 

Protes bermula pada bulan Oktober tahun 2000 apabila rakyat Palestin yang tidak bersetuju dengan keganasan polis rejim dan juga sebagai solidariti bersama rakyat yang terkepung di Genting Gaza. 

Polis rejim menembak mati 13 orang rakyat Palestin pada ketika itu dan mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran yang digelar oleh media Israel sebagai “kekacauan”.

“Kerajaan ini belum cukup matang lagi untuk menghadapi proses politik, begitu juga rakyat Palestin. Tetapi Israel tidak boleh menjadi yahudi, demokratik dan dominan di Yudea dan Samaria pada masa yang sama,” kata Barak pada agensi media tersebut.

Tambahnya lagi, “Israel mesti mengiktiraf idea penyelesaian dua negara kerana kita semakin menuju ke arah kemerosotan di tengah-tengah negara yang majoritinya muslim dan itu merupakan ancaman kepada Israel”. - Quds news

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin