SEKATAN TIDAK MENGHALANG AMAN PALESTIN MENGEDARKAN JUADAH IFTAR

23 April, 2021

meskipun kini warga Palestin telah dihalang untuk melaksanakan aktiviti berbuka puasa di Masjid Al-Aqsa, ia tidak menghalang niat Aman Palestin untuk meneruskan usaha mengagihkan bantuan juadah iftar buat warga Palestin di sekitar Baitulmaqdis.

 

Beberapa hari yang lalu, Tentera Rejim Israel telah melakukan sekatan dan halangan terhadap umat Islam di Baitulmaqdis daripada melaksanakan aktiviti berbuka puasa beramai-ramai dan segala juadah ketika itu dirampas. Tidak terkecuali halangan daripada melaungkan azan di menara Masjid Al-Aqsa.

 

Susulan itu, Aman Palestin mengambil langkah terbaik dengan menyediakan juadah iftar buat rakyat Palestin dan mengagihkan bantuan dari rumah ke rumah dengan harapan setiap masyarakat di sana dapat menikmati sedikit juadah yang enak pada bulan Ramadan.

 

Sudah pasti juadah enak yang disediakan ini hasil daripada sumbangan masyarakat terutamanya di Malaysia dan Indonesia.

© Hakcipta Terpelihara 2021, Aman Palestin