Sheikh Jarrah Kembali Diceroboh, Ahli Parlimen Israel Terlibat

Abiidah Fadzlan Shahidi | 11 Januari 2022, 7.08 AM

BAITUL MAQDIS - Sekumpulan penceroboh Yahudi telah bertindak menceroboh kawasan kejiranan Sheikh Jarrah di timur Baitulmaqdis yang berada dalam kawalan ketat polis Israel pada petang Isnin. Mereka diketuai oleh seorang ahli parlimen Israel yang ekstrem, Itamar Ben Gvir dan Timbalan Datuk Bandar israel di Baitulmaqdis, Arieh King. 

Al-Maqdisi Ibrahim Salem, seorang pemilik tanah di kawasan tersebut berkata, "pendatang haram Yahudi telah menyerbu kawasan kejiranan Sheikh Jarrah dan menceroboh masuk ke tanah kami untuk memprovokasi kami walaupun mereka kalah dalam kes itu serta perintah pengusiran dari rumah kami dibekukan dan kami tidak membenarkan mereka masuk”.

Menurutnya lagi, mereka telah memberitahu keluarga Salem yang tinggal di kawasan kejiranan barat Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis untuk mengosongkan rumah mereka kerana mengetahui bahawa keluarga itu tinggal di rumah itu sebelum penubuhan negara haram Israel lagi. 

Pengusiran ini bukanlah kali pertama berlaku. Pada tahun 1988 lagi sudah ada arahan untuk menyerahkan tanah mereka kepada negara haram Israel tetapi mereka dapat membekukannya. - Shehab News

 

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin