Tahanan Palestin Dibenarkan Terima Lawatan Keluarga

Mohd Qutaibah Ismail |17 Februari 2022, 03.53 PM

GAZA - Pertubuhan Hak Asasi Manusia mengeluarkan keputusan rejim Israel untuk membenarkan semula lawatan keluarga terhadap tahanan penduduk Semenanjung Gaza.

Hakim Negara Israel meluluskan keputusan tersebut sebagai tindak balas kepada petisyen yang dikemukakan oleh Pusat Pertahanan Individu "Hamoked" dan Pusat Hak Asasi Manusia Al-Mezan yang menuntut agar tahanan Gaza dibenarkan menerima lawatan keluarga atau panggilan telefon.

Sejak wabak Covid-19 merebak pada Mac 2020 lalu, rejim Israel melarang tahanan Palestin Semenanjung Gaza daripada berkomunikasi dengan keluarga mereka, sama ada melalui lawatan keluarga atau alat komunikasi.

Sebelum ini kebenaran menerima panggilan telefon pernah diberikan sekali sahaja pada bulan Ramadan lalu berikutan petisyen yang dikemukakan oleh Pusat "Hamoked", Pusat Al-Mizan dan institusi lain. - Shehab News

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin