Tebing Barat Terus Berkecamuk

Mohd Qutaibah Ismail | 13 Februari 2022, 12.47 PM

QALQILIYA - Seorang pemuda Palestin membaling batu dan bom molotov ke arah kenderaan penduduk Israel berhampiran bandar Azzun, timur Qalqilya di Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa pemuda tersebut mensasarkan sebuah bas dan kenderaan penduduk haram Yahudi di kawasan perumahan Yahudi berhampiran Azzun.

Sumber itu menambah bahawa tentera rejim Israel membawa masuk ambulans dan melepaskan suar serta berjaga di kawasan petempatan Yahudi tersebut.

Pertempuran meletus antara sekumpulan pemuda Palestin dan tentera rejim Israel di kampung Kafr Qaddoum, timur Qalqilya tengahari semalam.

Pasukan Israel menyekat kumpulan pemuda tersebut dan melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah mereka.

Baru-baru ini, demosntrasi rakyat Palestin meningkat di seluruh Tebing Barat. Tentera rejim Israel dan pendatang haram Yahudi setiap hari terancam dengan serangan bersenjata, bom molotov dan batu daripada penduduk Palestin yang merupakan tindak balas terhadap penjajahan Tebing Barat. - Shehab News

 

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin