Tentera Israel Serang Nelayan, Gembala Palestin

Rusydan Yusup | 12 Februari 2022, 10.07 AM

GAZA - Tentera laut rejim Israel menyerang nelayan Palestin di luar pesisir pantai kawasan As-Sudaniya, Barat Laut bandar Gaza, jumaat lalu, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.

Wartawan WAFA berkata, nelayan sedang belayar dalam jarak tiga batu nautika di luar pantai kawasan itu apabila bot tentera laut rejim Israel melepaskan tembakan ke arah mereka sehingga memaksa nelayan lari menyelamatkan diri.

Sementara itu, tentera rejim Israel dengan kereta kebal yang ditempatkan di sepanjang sempadan Timur Gaza, melepaskan tembakan ke arah pengembala lembu, di Timur bandar Khan Younis, memaksa mereka meninggalkan kawasan  tersebut.

Dua juta rakyat Palestin tinggal di Semenanjung Gaza dikepung rejim Israel selama lebih 12 tahun selain menerima serangan tentera berulang kali yang merosakkan banyak infrastruktur di kawasan itu. - Palestine Chronicle

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin