Tentera Israel Tembak Wartawan

Mohd Qutaibah Ismail | 13 Januari 2022, 09.08 AM

RAMALLAH - Seorang tentera Israel telah menembak seorang wartawan Palestin ketika membuat liputan mengenai pencerobohan awal pagi semalam di Bandar Beitunia, barat Ramallah, menurut wartawan WAFA.

Beliau berkata bahawa wartawan itu, Yusuf Shihadeh terkena peluru getah di bahagian kaki walaupun tiada pertempuran berlaku di kawasan itu. Dia telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Sementara itu di selatan Tebing Barat, seorang askar telah melepaskan tembakan dan mencederakan dua rakyat Palestin malam semalam di bandar Halhoul, utara bandar Hebron, menurut sumber unit keselamatan Palestin.

Mereka berkata bahawa tentera yang ditempatkan di menara pemerhati melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pemuda dan mencederakan dua daripada mereka manakala seorang lagi terkena di kaki. Mereka telah dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan. - WAFA

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin