‘Tinggalkan Ukraine’ - Menteri Luar Palestin

Abiidah Fadzlan Shahidi | 13 Februari 2022, 7.30 AM

RAMALLAH  – Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat, Riyad al-Maliki semalam menggesa rakyat Palestin yang kini berada di Ukraine untuk meninggalkan negara itu jika tidak mempunyai sebab penting untuk kekal serta bagi mereka yang tidak boleh berhubung langsung dengan Kedutaan Negara Palestin dan Kementerian Luar Negeri Palestin.

Al-Maliki dalam satu kenyataan akhbar berkata, pihak Kementerian sedang membuat siasatan berikutan kebimbangan terhadap situasi masyarakat dan pelajar Palestin di Ukraine serta kakitangan kedutaan Palestin yang berada di sana.

Menteri Luar itu menambah, beliau mengarahkan keluarga diplomat Palestin dan pekerja kedutaan untuk meninggalkan Ukraine dengan segera. Walaubagaimanapun, duta Palestin dan kakitangan kedutaan dibenarkan kekal di Ukraine selagi keadaan membolehkan mereka kekal di sana.

Al-Maliki berkata Kedutaan Negara Palestin di Ukraine menyiarkan satu pengumuman  di laman sesawangnya untuk komuniti dan pelajar Palestin di sana untuk mendaftarkan maklumat mereka agar terus dapat mengikuti perkembangan terbaru mengenai situasi semasa. - WAFA

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin