
Masjid Al-Aqsa Afrika
Masjid adalah tempat suci di mana pembangunan peribadi dan rohani berlaku. Masjid juga berfungsi sebagai pusat komuniti dan tempat belajar. Masjid berfungsi sebagai tempat umat Islam boleh berkumpul bukan sahaja untuk solat, tetapi untuk maklumat, pendidikan dan pertemuan. Terdapat tempat yang kurang bernasib baik iaitu di Nigeria, Afrika yang memerlukan masjid untuk komuniti muslim membangunkan jati diri, masyarakat dan agama.
Aman Palestin bekerjasama Insaf Insani dengan akan membina sebuah masjid di Nigeria, Afrika berbentuk Masjid Qubah As-Sakhra untuk kegunaan masyarakat Islam disana. Jumlah yang diperlukan ialah RM60,000 untuk membina masjid yang berkeluasan 100 meter persegi ini. Harga untuk setiap 1 meter persegi ialah RM600.
Ayuh membantu masyarakat muslim luar bandar di Nigeria yang sebahagiannya muallaf baru memeluk Islam yang memerlukan masjid sebagai pusat aktiviti pendidikan, kerohanian dan dakwah masyarakat seharian.
RM52,072 terkumpul
87% of RM60,000