PELARIAN WANITA DI BEIRUT BERHADAPAN DENGAN GANGGUAN SEKSUAL DAN KAHWIN PAKSA

Berdasarkan kaji selidik yang melibatkan 400 orang kanak-kanak dan remaja  perempuan berumur 10-19 tahun yang memberi fokus kepada ancaman yang dihadapi oleh pelarian Palestin atau Syria yang berada di Beirut, Lubnan. Hasilnya, mereka berhadapan dengan keganasan dan gangguan seksual. Kekerapan perkara ini berlaku sangat membimbangkan dalam kalangan pelarian.

 

Hampir 70% daripada mereka berasa tidak selamat jika mereka keluar ke kawasan bandar pada waktu siang manakala hampir 90% yang bimbang dan takut kepada keselamatan mereka pada waktu malam. Mereka turut menyatakan rasa bimbang menjadi mangsa culik ataupun diperkosa.

 

" Kami juga takut keluar bersendirian kerana sentiasa ada yang akan meggangu kami sama ada yang mabuk ataupun tidak"  Remaja Syria (18 tahun); Bourj Al Barajneh

 

" Beberapa remaja turut dipaksa oleh ibu bapa mereka untuk berhenti sekolah dan berkahwin. Kawan-kawasn saya semua telah berkahwin dan mempunyai anak" Gadis Syria (13 tahun); Bourj Al Barajneh

 

Perkahwinan dalam usia muda kalangan pelarian di Lubnan semakin meningkat kerana ibu bapa bimbang tentang keselamatan anak mereka. Walaupun persekitaran mereka negatif, ramai dalam kalangan pelarian yang optimis dan bercita-cita tinggi untuk masa depan mereka. 

 

Pada April 2019 UNHCR menganggarkan di Beirut sahaja seramai 239,005 pelarian yang berdaftar. Lubnan menjadi negara yang mempunyai jumlah pelarian yang ramai di dunia iaitu dengan kemasukan baru-baru ini seramai 1.5 juta yang  melarikan diri daripada peperangan Syria serta pelarian Palestin yang telah berada di negara tersebut sejak 1948.

 

Sumber: Al Jazeera

 

#AmanPalestin

#JomMenyumbang

© Hakcipta Terpelihara 2024, Aman Palestin